Senin, 24 Maret 2014

Asal - usul & Tipu daya Dajjal

Assalamualaikum, malam ini saya akan memposting sebuah tulisan tentang Dajjal La'natullah, semoga Allah S.W.T selalu melindungi kita semua dari tipu daya dajjal dan sekutu sekutunya malam ini hingga yaumul akhir nanti, saya memposting sebuah tulisan tentang dajjal setelah tadi siang selepas sholat Dzuhur, terlintas tentang dahsyat nya tipu daya dajjal dan saya ingin membagikannya sesama kaum muslimin agar kita terhindar dari tipu daya dajjal dan selalu dilindungi oleh Allah S.W.T. Aamiin.
siapakah dajjal sebenarnya
Asal-Usul Keluarga dajjal
Dajjal adalah seorang manusia dari
keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa
jua makhluk lain selain ia sebagai manusia
yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin”
seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh
Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan
kematiannya sehingga beliau nantinya turun
semula ke atas muka bumi ini lalu beliau
akan mati dan di kuburkan di Madinah
AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi
Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di
tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan
gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung
(kebiasaannya orang Yahudi memang
berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula
seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada
pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun
Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala
ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di
zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai
hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh
Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Walau
bagaimanapun kelahiran dan kehidupan
masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang
yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri,
lebat (panjang) rambutnya serta dia
mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya
itu merupakan Syurga dan Syurganya pula
ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg
disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w,
diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih
muda, berbadan besar dan agak kemerah-
merahan, rambutnya kerinting dan tebal.
Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan
kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada
dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan
seperti buah kismis yg kecut, manakala mata
kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan
berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-
dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-
Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap
org Islam, sama ada ia pandai membaca
atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-
Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma
dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai
Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda
yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dan selanjutnya kita dapat mengetahuinya
dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu
dengan Dajjal itu di sebuah pulau.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan
dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal
itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia
dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh
seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat hadis panjang mengenainya.
Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa
Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa
yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar
menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
“transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan
di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal
tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga
Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki
kenderaan piring terbang yang dikenali umum
sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan
pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir
ini, pernah juga kelihatan piring-piring
terbang UFO ini muncul di bandar Vatican
(pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan
cabarannya kepada umat ini, selama empat
puluh hari sahaja. Namun begitu, hari
pertamanya adalah sama dgn setahun dan
hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga
sama dengan satu minggu dan hari-hari baki
lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi
keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan
kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa
lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?
Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama
empat puluh hari. Hari yg pertama seperti
setahun dan hari berikutnya seperti sebulan
dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian
hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari)
adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah
saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu,
apakah cukup bagi kami hanya sembahyang
sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi
saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti
mengira hari itu dgn menentukan kadar yg
bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah
supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari
itu. Bukan mengikut perjalanan matahari
seperti biasanya kita lakukan. Misalnya
sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang
Subuh pada hari itu maka masuklah waktu
sembahyang Zohor, maka hendaklah kita
sembahyang Zohor, dan apabila ia telah
berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga
jam setengah misalnya, maka masuklah
waktu Asar, maka wajib kita sembahyang
Asar. Begitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh
seterusnya hingga habis hari yg panjang itu
sama panjangnya dgn masa satu tahun dan
bilangan sembahyang pun pada sehari itu
sebanyak bilangan sembahyang setahun yg
kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua
dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk
menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah
memberikan kepadanya beberapa kemampuan
yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal
ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada
bersama dengannya. Benda-benda beku akan
mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal,
dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn
kemarau panjang selama 3 tahun berturut-
turut. Pada tahun pertama hujan akan
kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun
kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun
ketiga hujan tidak akan turun langsung.
Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan.
Di saat itu Dajjal akan muncul membawa
ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal
itu Tuhan, ia akan berkata pada awan:
Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun
turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu
juga ekonomi, perdagangan akan menjadi
makmur dan stabil pada org yg bersekutu
dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak
mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka akan
tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan
memiliki segunung roti (makanan) sedangkan
org yg tidak percaya dengannya berada
dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal
ini, para sahabat Rasullullah s.a.w.
bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org
Islam yg beriman pada hari itu wahai
Rasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan
merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,
bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu
yang akan menggantikan makanan.” HR Ibnu
Majjah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga
dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah
kelihatan bersama dengannya seumpama
syurga dan neraka dan juga sungai air dan
sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-
duanya ini untuk menguji iman org Islam
kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari
apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga
itu sebenarnya Neraka dan apa yg
dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Secara analoginya kita lihat sekarang, syurga
dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa
batasan adalah ibarat syurga. Dan mereka
yang terpengaruh dengannya akan
berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan
tersebut seperti hidup di dalam syurga. Juga
keluarnya bermacam alat – alat canggih
seperti komputer, handphone, mp3 player,
video player dan camam2 lagi. Menunjukkan
semua ini ibarat syurga dunia, yang
sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita
terlampau leka dan terpesona dengannya.
Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak
berhibur dan berseronok adalah ibarat berada
dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan
mereka yang sudah biasa berseronok akan
merasa boring dan tidak puas hati jika tidak
dapat berhibur, berseronok dan menikmati
kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan
yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh
membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan
yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud
dengan dunia.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri
yang tidak dapat dimasukinya – Kepantasan
yg dimaksudkan ini tidak ada pada
kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka
bolehlah kita mengatakan kepantasan itu
seperti kepantasan jet-jet tempur yg
digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagi daripada kenderaan tersebut
sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat
ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya:
Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan
perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi
menjawab: “Kepantasan perjalanannya
adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan
atau awan) yang dipukul oleh angin yang
kencang.” HR Muslim
Dan ada lagi kenderaan yang lebih pantas
dari jet, yang dapat bergerak sepantas
cahaya iaitu piring terbang. Mengikut
gambar-gambar yang dapat dirakam oleh
NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak,
memang mereka dapat bergerak selaju
cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat
memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu
Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al
Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya – Syaitan
juga akan bertungkus-lumus membantu
Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik
utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu
Adam a.s.
Syaitan-syaitan dari jin dan juga manusia
akan berusaha membantunya, kerana mereka
ingin mewujudkan satu pemerintahan di
muka bumi ini. Iaitu pemerintahan sebuah
kerajaan yang akan diperintah oleh Lucifer
(IBLIS). Dan gerakan yang mewakili syaitan-
syaitan dari kalangan manusia ini dikenali
sebagai gerakan Illuminati yang pecahan-
pecahannya terdiri dari banyak kumpulan
seperti Skull and Bones, Freemasons,
Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The
Trilateral Commission, The Council on
Foreign Relations dan beberapa lagi
pertubuhan-pertubuhan rahsia.
Dajjal Akan Muncul dari Khurasan, Iran
(tempat asal Dajjal)
Di akhir zaman Dajjal akan muncul dari
Khurasan di Iran. Ketika baru keluar/terlepas
dari belenggunya tinggi Dajjal hanyalah
sepuluh dzira’. Pada mulanya tingkah laku
Dajjal layaknya tingkah laku orang-orang
saleh, iaitu menyeru kepada kebajikan,
hingga kerana itu banyak orang yang
terkagum-kagum kepada akhlaknya.
Tapi lama kelamaan Dajjal pun mengaku
sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan
itu orang-orang yang beriman kepada Allah
pun berpaling darinya, sebab kaum yg
beriman mengetahui benar bahawa sesudah
Nabi Muhammad saw tak akan pernah lagi
Allah mengutus seorang nabi baru.
Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal sampai ke
Khillah, iaitu sebuah jalan yg terletak antara
Iraq dan Syam, dia pun menggembar-
gemburkan kiri kanan menyatakan bahawa
dirinya adalah tuhan yang dapat
menghidupkan dan mematikan, ditambah lagi
dengan menunjukkan kemampuannya
mengadakan kejadian-kejadian yang
menyalahi keadaan normal. Sejak itu orang-
orang mu’min semakin menjauh darinya dan
menolak mengakui Dajjal sebagai tuhan.
“wa man qaala fid dun-ya yaraahu bi ‘ainihi
fa dzaalika zindiiqun thaghaa wa tamarrada”.
Siapapun yg mengaku di dunia ini telah
melihat Tuhan dgn matanya, maka dia telah
menjadi zindiq, keluar batas, dan jatuh ke
dalam kesesatan.
(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah: hal.29 s/
d hal 30). Maktabah Muhammad bin Ahmad
bin Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya,
Indonesia. 1956 M / 1375 H.
Tempat bermulanya fitnah Dajjal
Agaknya menarik perhatian sekali bahawa
menurut Hadits Tamim Dari, Dajjal tinggal di
sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat
Syria, sedang tempat munculnya dikatakan
oleh Hadits lain, berada di Timur.
Lengkapnya, Hadits itu maksudnya:
“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul disebelah
Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah
Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah
Timur” (Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman
2988).
Dan ada satu hadith lain yang bermaksud;
“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir dua
puluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal,
jilid VIl, halaman 2991 ).
Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim mengatakan: “Tidak ! Ia akan
muncul di Timur” diikuti dengan kalimat:
“Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah
Timur”. Jadi jika di suatu Hadits dikatakan
bahawa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah
pulau di Barat, tetapi di lain Hadits
diterangkan bahawa tempat munculnya
Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat
munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.
Ini menunjukkan bahawa merajalelanya Dajjal
akan membahayakan bangsa-bangsa di
Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat
dibantah lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak
akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan
mereka akan memperolehi keuntungan dari
hasil porak-peranda di Timur. Jadi yang
dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah
merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara
Timur dengan jalan memperbudakkan
penduduknya, baik secara jasmani mahupun
rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.
Menurut apa yang diterangkan dalam Hadits,
terang sekali bahawa pada zaman Nabi,
Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu
itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah
gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-
bangsa Eropa pada waktu itu. Mereka
mengurung diri dalam tanah air mereka
sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka
mengalir ke seluruh dunia untuk menakluki
dan menjajah negara-negara lain, sehingga
mereka benar-benar menguasai, atau
setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya
terhadap negara-negara itu, sehingga gerak-
geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi
oleh bangsa-bangsa Eropa.
Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadits
diterangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan,
kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan
menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah
yang menguasai dan menentukan nasib
bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang
dimaksud oleh Hadits lain yang menerangkan
bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-
matinya orang-orang. Dengan perkataan lain,
Dajjal akan meninggikan dan merendahkan
darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang
dianggap sesuai dengan tujuannya.
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang
bermaksud: “Sejak terciptanya manusia
hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah
lebih besar daripada fitnahnya
Dajjal” (Misykat, hal. 472).
Kata-kata seperti itu, terdapat pula dalam
kitab Hadits yang lain. Misalnya, dalam
sebuah Hadits, Nabi SAW diriwayatkan
bersabda sbb : “Wahai manusia ! Semenjak
Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah
di muka bumi yang lebih besar dari pada
fitnahnya Dajjal” (Kanzul-’Ummal, jilid VII,
halaman 2028).
Hadits-hadits tersebut membuktikan bahawa
fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah
merejalelanya Imperialis Eropah (Amerika
Syarikat dan sekutu-sekutunya) sekarang ini
dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan
menunjukkan bahawa sejarah ummat
manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah
lain yang besarnya seperti itu.
Memang dalam sejarah pernah terjadi suatu
bangsa menundukkan bangsa lain dan
menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi
contoh tentang penjajahan yang menyeluruh
seperti yang kita saksikan sekarang ini
berupa merajalelanya imperialis dan
kebudayaan Eropah di seluruh dunia, belum
pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya
dikuasai oleh imperialis Eropah.
Demikian pula kita tak dapat menemukan
persamaannya tentang cara-cara kaum
imperialis Barat memperhambakan bangsa-
bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa
lagi ialah bahawa mereka memiliki segala
macam senjata yang dengan senjata itu,
orang ramai dapat tersesat dari jalan benar
dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka
menyesatkan orang ramai melalui sistem
pendidikan, dan di sebelah sana, mereka
mencapai tujuan mereka melalui penyiaran
agama; kadang-kadang untuk mencapai
tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa
manusia dengan memberikan kepada mereka
kemewahan dan kesenangan jasmani; dan
kadang-kadang diberikan kepada mereka
hiburan-hiburan yang dapat melupakan
rohani mereka sama sekali.
Sering pula ilmu pengetahuan mereka
digunakan untuk menghancurkan rohani
ummat manusia. Pendek kata, di seluruh
sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada
taranya, dan sabda Nabi SAW bahawa tak
ada fitnah yang lebih besar daripada
fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa
merajalelanya kaum imperialis Eropah, yang
bukan saja membahayakan aspek kehidupan
jasmani, melainkan pula membahayakan
aspek kehidupan moral dan rohani.
Berikut adalah khutbah Rasulullah S.a.w
berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di
hadapan kami. Dalam khutbahnya itu
Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal.
Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya
tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi
yang paling hebat selain daripada fitnah
yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang
diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan
kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi
yang terakhir sedangkan kamu adalah umat
yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi (angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku masih
ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah
sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau
dia datang sesudah kematianku, maka setiap
orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah
SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu
tempat antara Syam dan Iraq. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat
sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia,
tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan
kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum
diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku
kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku
dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi
nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia
mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa
Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat
sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya
sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan
tidak sama dengan baharu. Dan juga di
antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR,
yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa
syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya
syurganya sedangkan syurganya itu neraka,
yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang
disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia
meminta pertolongan kepada Allah dan
hendaklah dia membaca pangkal surah Al-
Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk
sebagaimana api yang membakar Nabi
Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata
kepada orang Arab: “Seandainya aku
sanggup menghidupkan ayah atau ibumu
yang sudah lama meninggal dunia itu,
apakah engkau mengaku aku sebagai
Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata:
“Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar
seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama,
sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai
anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah
Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia
tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia
belah dua. Setelah itu dia katakan kepada
orang ramai: “Lihatlah apa yang akan
kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang
akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin
Allah orang mati tadi hidup semula.
Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya:
“Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu,
yang kebetulan orang beriman, menjawab:
“Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau
adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus
dalam ujian Allah dan dia termasuk orang
yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu
dayanya juga dia suruh langit supaya
menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun.
Dia suruh bumi supaya mengeluarkan
tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan
termasuk ujian yang paling berat bagi
manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan
orang-orang baik dan mereka tidak
mengakunya sebagai Tuhan, maka
disebabkan yang demikian itu tanam-
tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang
yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan.
Disebabkan yang demikian hujan turun di
tempat mereka dan tanam-tanaman mereka
pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini
yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah
dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak
dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal
oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun
demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota
Madinah bergoncang seperti gempa bumi.
Ketika itu orang-orang munafik kepanasan
seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di
Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung
dengan orang-orang yang sudah menjadi
pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari
pembersihan kota Madinah.
Itulah sedikit informasi tentang dajjal, semoga dapat bermanfaat untuk kita semua. Aamiin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar